Pantai Perkasa Chalet terletak di dalam Daerah Bachok.Terletak di sebelah barat daya,lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu.
Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan .Menurut penduduk setempat,nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban and chak.Ban bermaksud kampung dan chak bermaksud Nipah ,satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok.
Pantai Perkasa Chalet kawasan nya yang cantik.Pantai yang bersih dan kawasan perkampungan nelayan.Para pengunjung boleh melihat sendiri bagaimana aktiviti nelayan setiap hari.Terdapat kedai-kedai yang menjual makanan berasaskan laut seperti sotong ,ikan bilis,ikan kering,keropok Dll.Kawasan pantai nya yang landar sesuai untuk mandi manda.
Jika anda mahu mencari makanan,sebut apa saja,daripada nasi kerabu,nasi dagang,keropok lekor,ikan bakar yang menyajikan pelbagai juadah hidupan laut dan masakan kampung yang pasti membuatkan anda kecur air liur.Terdapat banyak restoran dan gerai gerai di sepanjang kawasan ini.
Hati yang resah pasti tenang di kala menjamu selera sambil menikmati permandangan lautan yang luas terbentang dengan disapa angin petang yang nyaman.
itulah Pantai Perkasa Chalet
Pasar Siti Khadijah
Pasar Siti Khadijah.Perjalanan memakan masa 40 minit dari Pantai Perkasa Chalet melalui jalan pantai.Di Pasar Siti Khadijah pelbagai makanan tradisi kelantan ada disini,ole ole seperti kerepok,serunding daging,dodol dan dll.Pilihan kain batik yang berkualiti dan cantik juga boleh didapati di sini
Tok Bali
10 minit dari Chalet Pantai Perkasa .Tok Bali terkenal dengan pelbagai industri pelancongan dari produk berasaskan hasil laut seperti keropok ikan ,satay ikan dan satar yang begitu popular di negeri Kelantan.Pantai nya yang bersih makanan pun sodap.
Wakaf Che Yeh
Malam pula anda boleh singgah pula di Wakaf Che Yeh .Sangat meriah terutamanya pada hujung minggu dan juga musim cuti sekolah .lihatlah pelbagai ragam pembeli dan penjual di pasar ini
Rantau Panjang
Pelbagai barangan dari sempadan Thai boleh di dapati disini ,jersey ,toto,pinggan mangkuk,buah buahan,pakaian ,tudung pelbagai lagi..boleh ronda2 . Makanan yang popular disini mee celup,somtam dan pelbagai makanan dari negara Thai.Bolehlah mencuba
Bazaar tok guru
Bazar Tok Guru,disini adalah pilihan terbaik untuk shoping pakaian dan kain serta pelbagai jenis tudung ,kain pelikat,kain sarung,kain sembahyang dan pelbagai lagi.Harga disini antara yang berpatutan
Kampung Kraftangan
Kampung Kraftangan disini banyak tempat tumpuan pelancongan Kelantan .Anda boleh berjalan kaki untuk bersiar-siar antara yang popular disini ialah Menara Rehal,Muzium Kraftangan,Bank Kerapu,Istana Jahar,Kampung Kraftangan,Muzium Balai Besar dan banyak lagi tempat menarik berdekatan kampung Kraftangan ini.Anda juga boleh makan tengahari di Restoran popular berdekatan iaitu Restoran Nasi Ulam Cikgu.Pelbagai lauk pauk selera Kelantan disediakan